Lazada Birthday Blogger Contest

23:44:00


selamat malam semua , dah tidur ke tu ? semua kerja hari nih dah beres ? alhamdulillah saya sudah siapkan tutorial untuk kelas esok . kalau tak , idoknye nak rajin menaip kat sini kan . hehe . so , seperti tajuk di atas , saya dengan semangat yang berkobar kobar ingin mencuba nasib dalam blogger contest ini . mana tahu ada rezeki kan . jangan kecewa kalau tak dapat okay ? insyaallah rezeki di masa depan kot . hehe 


boleh klik banner atau disini untuk turut serta dalam contest nih okay ? jomlah memeriahkan segmen , tarikh tutup dah tak lama tau! hehe
Demi mematuhi syarat contest dibawah ini merupakan jawapan bagi setiap persoalan yang ditanyakan :

A. What do you love about Lazada Malaysia? 

saya paling suka tentang lazada ialah dengan perkhidmatan Cash on delivery . bagi saya perkhidmatan begini memudahkan kerja sesetengah pihak . tidak dinafikan kita boleh membuat bayaran menggunakan online banking , tapi kalau menggunakan cash on delivery lebih mudah , kadang kadang baki dalam simpan mungkin tidak mencukupi . HAHAHAHA . aplikasi lazada di telefon bimbit juga sangat mudah untuk digunakan , kita dapat mencari barang yang kita mahukan dengan mudah dan dapat membandingkan harga . kita juga boleh menekan pada perkataan "sort" untuk lebih senang . 

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 

1. Printer 


kenapa saya pilih printer ? sebabnya , printer saya rosak , tak tahu kenapa takmahu keluar kertasnya . nak hantar ke kedai takut lari pulak bajet nya kan . biasalah sebagai student zaman modern nih , barang barang eloktronik nih sangat penting . printer salah satu barang yang terpenting . pensyarah bagi nota kuliah dalam portal , nak kena print sendiri . nak print kat kedai , sekeping seposen . ingat , pensyarah bagi satu nota je ke . hmm , sadis . 

2. Mederma 


kenapa saya pilih mederma pulak ? sebabnya , parut dimuka ini tak dapat dibendung lagi . yang mana ada follow sosial media saya yang lain , muka memang peloles . padahal , hampeh weyh ! HAHAHAHA . sebagai student yang sedang berhutang , seharusnya wang pinjaman yang diberikan digunakan kejalan yang lurus yakni ke arah pendidikan , bukannya mengupgrade muka . ACAH! 

3. Penimbang berat


Penimbang berat merupakan salah satu benda yang memang saya nak sangat sangat . sebabnya ? biar sedar diri sikit ! jangan makan banyak . dengan adanya penimbang berat , saya boleh timbang berat setiap hari . insya allah boleh insaf bila tengok berat hari hari . dengan ini , mungkin duit saya untuk membeli makanan juga dapat di jimatkan . KAHKAHKAH


c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 

Berbalik kepada pertanyaan pertama lazada , dan saya menjawab perkara yang saya suka tentang lazada ini ialah cash on delivery . saya rasa lazada patut membuat semua produk cash out delivery dek kerana kadang kadang saya nak beli barang tapi barang tersebut tak ada cash on delivery dan saya pulak rajin lah teramat sangat nian untuk ke bank . maka , terbantutlah hasrat saya . 


d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 
Imej yang berkaitan

Hasil carian imej untuk 5

selamat ulang tahun yang ke 5 lazada . semoga bertambah pelanggan  yang membeli belah di lazada. jangan lupa beri banyak lagi gift kepada blogger . hehe 

korang yang membaca entry saya nih , moh ler join contest LAZADA nih . sebab saya cakap macam nih ialah , hadiah dia gais . 


kalau tak ada rezeki saya nak menang pun , mana tahu rezeki blogger lain untuk menang ke , belum cuba belum tahu . siapa yang tak mencuba nasib tu lagi lah rugi kan ? 

SELAMAT BERCONTEST BUAT SEMUA BLOGGER !




You Might Also Like

12 budak baik

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .