- 12:20:00
- 4 Comments
- 09:55:00
- 3 Comments
- 09:37:00
- 2 Comments
Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!
Syarat-syarat
Baca syarat-syarat lain di Entri Official Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz (Klik Disini)
SELAMAT BERSEGMEN
- 17:17:00
- 2 Comments
Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.
Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.
↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai
*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*
Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20
So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.
- 17:07:00
- 5 Comments
- 17:04:00
- 4 Comments
- 16:57:00
- 1 Comments
- 16:51:00
- 0 Comments
- 16:29:00
- 7 Comments
Assalamualaikum
Tarikh Tamat Penyertaan 10 June 2017
Jom pakat Join
- 16:23:00
- 1 Comments
Mungkin kali ini
Bukan lagi aku
Yang kau sakitkan
Mungkin tiada lagi
Ku di dunia ini
Kau bidadari
Bila malam bila rindu
Tiap kali ku cuba
Melupakanmu
Ada saja mu
Kata padaku
Aku dihidupmu
Bukan aku mau jauh
Bukan juga ku benci
Pada dirimu
Bukan niatku
Lukai kamu
Bukannya diriku
Benar
Ku hanya sayang padamu
Bukannya takdirku
Untuk bersamamu
Jika
Setiap langkah ku ini
Terhenti disini
Untuk selamanya
Izinkan ku pergi
Bila malam bila rindu
Tiap kali ku cuba
Melupakanmu
Ada saja mu
Kata padaku
Aku dihidupmu
Bukan aku mau jauh
Bukan juga ku benci
Pada dirimu
Bukan niatku
Lukai kamu
Bukannya diriku
Benar
Ku hanya sayang padamu
Bukannya takdirku
Untuk bersamamu
Jika
Setiap langkah ku ini
Terhenti disini
Untuk selamanya
Izinkan ku pergi
Izinkan ku pergi
Izinkan ku pergi
- 00:00:00
- 1 Comments
inai kat tengah tak berapa nak bulat haaa . |
Siapa kat sini suka pakai inai ? kita geng . okay selalu , pakai inai tahan berapa lama eh ? kalau saya seminggu lebih je, lepas tu dah mula pudar pudar dah haaa warna .
Tapi saya kalau pakai ini , saya tak berapa suka yang jenis lukis lukis tu haaa . yang jenis celup tu pun saya tak berapa suka haa . saya selalu pakai kat kuku aje haaa, guna yang dalam tiub tu. Kalau pakai yang daun , nampak macam kawen plak kang . hahaha
Banyak jenis jugak inai saya dah gunakan , dulu selalu guna inai jenama rani tu .tapi, area saya nih macam susah pulak nak jumpa . pernah beli inai jenama apa ntah , warna dia tak cantik sangat . warna gelap sangat .
Semalam , mak pergi kedai pengedar barang barang kecantikan nih . haaa , disebabkan mak tahu anak dia sorang nih suka pakai inai , mak pun beli kan inai .
Kali nih beli inai v’asia .
sumber : google |
Cantik warnanya , tahan lama jugak ha . dah 3 hari pakai , buat kerja sana sini tak pudar lagi haaa warna . cun ah ! memang lepas nih , beli inai jenama nih je lah . senang . yeay !
- 22:27:00
- 0 Comments
Bismillah .
Selesai urusan pengkebumian tokwan pada hari rabu yang lepas . saya pernah tulis dalam segmen amerzing tentang tokwan saya yang sakit strok sejak 11 tahun yang lalu . selasa , jam 6.28 petang doktor sahkan yang tokwan telah pergi menghadap illahi . penyebab kematiannya ialah sepsis .
perginya tinggalkan kenangan |
Throwback
Ahad , 14 mei . kakak nak balik uni . kakak salam dengan wan . kakak cakap nak selfie dengan wan lah . wan senyum bila kakak bukak camera dekat phone . kakak buat peace , wan pun angkat jugak . tapi , jari wan tak keluar . yang keluar satu je . kakak tahu tak semua anggota tangan wan berfungsi dengan elok . kakak cakap
“ tak apa lah wan , kita senyum je.”
Sempat lah snap dua tiga keping. Wan tanya kakak , bila kakak balik .
“taktau lagi wan , minggu depan kot kakak balik .”
Kakak tau , setiap khamis wan tanya ayah , kakak balik ke tak . kalau kakak lama tak balik mesti ayah cakap . wan tanya tak balik ke .
hari sabtu malam , mak talifon . Bagitahu tokwan ada dekat hospital. petang tadi tak sedarkan diri masa lepas ayah mandikan . mulanya tokwan demam biasa je . dah bagi panadol . dah kebah sikit tapi demam balik . muntah sikit . ingat sebab effect demam je .
Ahad pagi kakak balik , pergi tengok tokwan. Masa tu tokwan dah memang tak sedarkan diri . kejap kejap tarik . hanya mampu berdoa je . masa nih kakak dah nangis dah , tapi cover sebab dekat dalam wad ramai orang . sebab kesian tengok tokwan macam tu. Wayar dh penuh kat tangan . badan tokwan bengkak . ada darah keluar dari saluran pernafasan . banyak jugak , pekat . hitam . kakak datang , tapi wan tak senyum pun kat kakak macam sebelum nih kakak selalu tengok wan.
Isnin pagi kakak balik , sebab petangnya ada kelas .
Tengah hari selasa, kakak call mak tanya perkembangan tokwan. Mak cakap tokwan dah okay sikit . dah tak guna alat bantuan pernafasan yang mcm ada belon tu . lols . apa ntah nama tak tahu .darah dah tak keluar . tarik pun dah kurang . kakak punya lah happy . mungkin tokwan akan pulih macam dulu balik . atau mungkin masa nih semua benda dah cabut sebab tak boleh buat apa apa kot ? mungkin sebab mak taknak kakak mengamuk nak balik . hahahahaha
Petang , tengah rehat rehat baru balik dari kelas . mak call . mak cakap tokwan dah tadak . kakak macam nak percaya ke tak ntah lah . sebab tadi macam dah okay . kakak cool lagi wan. tetiba , danish call kakak
“kakak , betul ke tokwan dah tadak ?”
Sebak tetiba . tapi sikit aje . relaks lagi . mandi , solat dan baca yassin . okay , masih okay .
Ayah ambik kakak, waktu maghrib . masa balik okay lagi . sepanjang jalan kakak okay wan . sampai simpang nak masuk rumah , orang dah ramai . semua saudara mara kita dah sampai wan . sampai je depan pintu , selalu tokwan orang first akan senyum dengan lambai kat kakak bila kakak balik sebab tokwan tak boleh bercakap . malam tu , tak ada . sepi . ada katil tokwan selalu tidur kat tengah tengah rumah. wan dah tak bergerak . wan tengah tidur . tidur buat selama - lamanya . ada pakcik tengah baca quran di hujung kepala wan .
Banjir dibuatnya air mata .
Wan , hari nih orang pergi buat sijil kematian wan . semua urusan dah selesai wan .
Tenanglah disana wan ,
AL FATIHAH
MD ISHAK BIN OMAR
3 MEI 1943 - 23 MEI 2017
- 22:23:00
- 3 Comments
- 11:32:00
- 7 Comments
- 11:25:00
- 2 Comments
lama telah berlalu
waktu meninggalkanku
mengapa masih sukar
waktu meninggalkanku
mengapa masih sukar
ingatanku terhadapmu
kau katakan tak redho atas semua perkara
namun hakikat jelas ia tak benar berbelaka
kerinduaan terpendam sukar untuk terkaram
mencintaimu didalam diam…
namun hakikat jelas ia tak benar berbelaka
kerinduaan terpendam sukar untuk terkaram
mencintaimu didalam diam…
jika masih sayang
jika masih cinta
luahkanlah ia dengan sejujurnya
mungkinkah kau tau akupun begitu
jika masih cinta
luahkanlah ia dengan sejujurnya
mungkinkah kau tau akupun begitu
meski berkali telah kau lukakan
hati kecilku tetap memaafkan
kerana cinta bagiku hanya sekali
tak mungkin ia bisa ditukar ganti
hati kecilku tetap memaafkan
kerana cinta bagiku hanya sekali
tak mungkin ia bisa ditukar ganti
jika masih sayang
jika masih cinta
luahkanlah ia dengan sejujurnya
mungkinkah pun kau tau
akupun begitu menyintaimu hoooo
jika masih cinta
luahkanlah ia dengan sejujurnya
mungkinkah pun kau tau
akupun begitu menyintaimu hoooo
jika masih sayang
jika masih cinta
luahkanlah dia
dengan sejujurnya hahahaha.
menyintaimu seumur hidupku
jika masih cinta
luahkanlah dia
dengan sejujurnya hahahaha.
menyintaimu seumur hidupku
waktu yang tlah berlalu
waktu tetap kekal disitu
ini caranya cipta lembaran baru. hohooo hoooo… uhooooo uuuu.
waktu tetap kekal disitu
ini caranya cipta lembaran baru. hohooo hoooo… uhooooo uuuu.
- 15:19:00
- 3 Comments
- 22:45:00
- 8 Comments
- 18:00:00
- 1 Comments
- 17:51:00
- 2 Comments
- 10:48:00
- 3 Comments
- 17:11:00
- 7 Comments
Bismilllah.
Entry kali nih berkaitan kisah seram sekolah yang pernah saya bersekolah . Alhamdulillah , sepanjang saya bersekolah tak pernah ada gangguan kepada saya .
Cerita ini dari fiksyen syasya . esok saya akan cerita kan kisah saya pulak .
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Terima kasih admin FS kalau cerita aku disiarkan. Aku merupakan peminat setia FS. Baca FS sejak habeh form 6. Lepas balik kerja mesti wajib baca cerita dkt FS. Tak kira laa tengah malam pon aku baca. Kesah aku. Dekat rumah aku berani laa.. walaupun ‘dia’ wujud di mana-mana sahaja.Okeh tuu intro tak rasmi. Nama aku waktu jadi Tarpian depa panggil aku K.E sebab aku dulu ketua Blok Efisien. Tapi aku tak seefisien nama blok. Tak dak pengalaman jadi ketua blok. Hahaha.. aku nak kongsi cerita nak kata seram. Tak seram pon sebab aku bukan jenis yang boleh nampak tapi jenis rasa. Aku alami banyak gangguan waktu aku dok asrama dekat sekolah Teknik di Penang. Hanya ada satu jaa teknik kat penang sebelah pulau bukan blah seberang perai. Jadi sapa tau dia tau laa teknik mana yang aku maksudkan.Semua blok dekat asrama tuu ada ‘penghuni’ dia masing-masing. Macam dekat blok yg aku duduk. Ada kak senior yg aku rapat dia cerita yang duduk dekat blok aku pasangan. Tempat depa duduk pon kak senior aku cerita. Aku dah agak dah tempat yang dia duduk tuu sebab aku penah ternampak dan rasa. Ada beberapa pokok besaq dekat blok aku. Situ laa tempat depa. Kak senior aku siap cerita lagi ciri-ciri rupa bentuk dia. Part tu aku seram. Aku banyak kena gangguan waktu aku form 4. Waktu form 4 paling banyak sebab dorm yang aku duduk tuu dekat dengan tempat dia.Bukak pintu dorm nampak teruih tempat dia. Tapi terlindung dengan tangga jadi tak laa nampak sangat. Aku duduk katil kedua tingkat atas dari pintu dorm. Kira nak dekat-dekat hujung jugak laa. Dah laa kak senior yang cerita dekat aku tuu dia katil sebelah aku tingkat atas jugak. Dia dah selalu balik rumah maklumlah rumah dia dekat dengan sekolah tapi dia dok jugak asrama sebab tak sapa nak hantar dia pergi sekolah lagipun dia nak SPM tahun tuu.Dengan dia saja laa satu-satunya kak senior yang paling aku rapat tapi sampai sekarang aku tak dapat nak cari dia. Terputus hubungan lepas dia habeh SPM. Nombor telepon pon dia tukar. Tuu intro secara umum. Okeh sekarang baru akau nak mula cerita pasal kisah seram aku yang tak seram sebab bukan aku yang nampak aku dapat sense jaa.
Ada satu malam tuu aku orang yang terakhir tidur tuu memang semestinya sebab aku memang suka tidur lewat padahai aku bukan tidur lewat sebab aku ulangkaji tapi aku pon tak ingat aku buat apa. Hahaha. Lama dah tinggal sekolah. Waktu sebelum aku tidur tengah kibas-kibas katil sebab takut ada MR CHARLIE kang tak pasal dia buat tatu dekat badan aku.Hahah budak asrama kenal sangat dengan MR CHARLIE kan? Ada sorang budak dorm aku dia keluar pergi tandas sorang-sorang. Aku nampak dia aku tanya dia nak pi mana. Dia cakap nak pergi tandas. Aku tanya lagi. Nak aku teman kaa? Dia cakap xpaa dia pi sorang. Waktu dia keluar pergi tandas tuu dalam pukul 12.30 malam kalau aku x silap sebab dah lama sangat aku pon tak berapa nak ingat tapi sampai sekrang aku ingat apa yang berlaku pada malam tuu. Lepas tuu aku tidur laa. Tak lama lepas tuu aku rasa ada benda putih masuk dorm sebab waktu tuu tengah mamai nak terlelap tidur. Lepas tu kawan dorm aku katil sebelah dia dok katil bawah dia bukak lampu. Aku terkejut. Aku terjaga.Aku tengok kawan aku yang pergi tandas sorang-sorang tadi duduk dekat bucu katil sebelah aku. Aku pelik jugak laa. Dah kenapa dengan dia. Lepas tanya dia. Dia mengeram marah. Aku dengan segera lompat dari katil. Aku ni dah laa penakut. Dah dia duduk katil sebelah aku mau aku tak lompat lari p tempat lain. Dah dia disahkan dia ‘kena’ semua satu dorm bangun. Mula-mula pujuk suruh dia keluar sendiri. Ada kak senior dorm aku pergi dorm sebelah panggil ketua blok. Nasib ketua blok tahu sikit-sikit berubat tapi dia tak mampu buat sorang. Dia hanya tahu sikit-sikit saja. Ada beberapa soalan dia ditanya dekat ‘benda’ yang masuk badan kawan aku tuu. Depa tanya dia nama apa.Dia dok dekat mana. Macam mana dia boleh rasuk kawan aku, dia bagitau nama dia. Aku tak mau sebut tapi aku ingat. Depa tanya lagi dia umur berapa. Asal mana. Banyak jugak depa tanya. Tuu pertama kali aku dengar secara langsung suara orang kena rasuk. Tempat dia duduk dekat kawasan ampaian blok aku dan aku memang tahu ampaian tuu memang tempat dia sebab aku pernah kena sekali waktu pergi ampaian blok aku. Tapi aku bukan kena rasuk cuma aku hampir-hampir tapi Allah lindung aku. Aku bersyukur sangat.Dia mula-mula tak mau bagitau dia datang dari mana tapi senior aku bagi kertas dengan pensel suruh dia lukis. Dia lukis waktu tuu aku tengok alangkah takut gila waktu tuu. Fobia jugak laa aku dengan ampaian. Seminggu jugaklah aku tak turun pergi sidai baju dekat ampaian sebab takut tak kira laa siang ka malam. Fobia teruk weii.
Lama weii nak suruh dia keluar dari badan kawan aku. Mula-mula kak senior yang aku cakap aku rapat dengan dia yang dia cerita dekat aku pasal dia selalu kena kacau tuu. Dia tahu sikit-sikit pasal nak berubat orang kena rasuk sebab ayah dia seorang ahli perubatan islam. Dia ambik botol air kosong. Dia tekan kan dekat muncung botol tempat minum air tuu. Aku tak tau nak terang macam mana. Dia tekan dekat ibu jari kawan aku yang kena tuu.Dia megerang kesakitan tapi dia bunyi sikit-sikit jaa sebab dia tak adalah agresif sangat. Dia tak mau keluar jugak. Senior aku baca ayat kursi. Dia ketegaq jugak. Dia tak mau keluar. Lepas tu dia bangun. Dia nak keluar. Jadi semua yang ada dalam dorm. Semua terlibat malam tu nak keluarkan benda tu dari badan kawan aku. Depa tutup pintu kalau terlepas keluar lagi susah. Dia terjun bangunan kang tak pasal-pasal patah kaki. Nasib laa x tinggi sebab dorm aku tingkat 2 jaa. Lepas tutup pintu. Bermulalah sesi rawatan untuk keluarkan benda tuu. Kak senior aku cuba macam-macam dia tetap tak mau keluar. Jadi kak senior aku terpaksa cari bantuan.Kami tak libatkan warden sebab waktu tuu dah lewat sangat. Jadi kak senior aku dia telefon ayah dia. Ayah dia cuba bantu dari jauh. Waktu tuu tak hirau dah pasal bawa handphone dekat asrama salah. Siap ketua blok ada lagi sebab waktu tu memang dah kecemasan. Fikir nak cepat selesai jaa. Nak bantu kawan aku yang kena tuu. Kak senior aku ikut arahan ayah dia. Apa yang ayah dia suruh buat.a kami ikut saja arahan kak senior aku. Ayah dia suruh kami semua pegang sendi-sendi kawan aku yang kena rasuk tuu.Sebab benda tuu kan duduk dekat sendi-sendi badan manusia. Sambil pegang dekat sendi-sendi kawan aku tuu sambil tuu baca ayat kursi tanpa henti. Kawan aku mengerang kesakitan. Dia cuba kelupuq untuk lepaskan diri sebab sakit. Tapi tetap tak berkesan. Kak senoir aku buka pembesar suara. Benda tuu dengar suara ayah kak senior aku dia takut. Ayah kak senior aku cakap dekat benda tuu suruh keluar dia tak mau jugak. Lama weii berperang dengan benda tuu. Dari 12.30 sampai pukul 4.00 lebih baru selesai. Akhirnya dia keluar jugak lepas kak senior aku bagi dia minum air. Dia keluar sekali dengan air tuu. Kawan aku tersedak. Lepas tuu dia dah sedar. Kak senior aku suruh dia mengucap.Tanya nama dia. Dia jawab nama dia. Alhamdulillah dia dah sedar. Aku terlupa nak cerita pasal kak senior aku cakap yang dia cerita ciri-ciri benda tuu. Waktu tengah soal dia awal-awal tuu. Kak senior aku tanya rupa dia. Baju apa dia pakai. Warna baju dia. Lepas tuu ketua blok aku ada tanya dia kaa yang lalu semalam dekat koridor. Aku dengar serius seram. Sebenarnya dia tak kacau orang pon. Dia duduk tempat dia jaa. Lepas selesai tuu serius penat gila. Semua tidur. Esok pagi bangun badan aku memang lenguh gila sampai demam aku dibuatnya sebab penat. Tapi petang tuu kawan satu dorm dengan aku kami panggil dia A’aa.Dia pergi ampaian pukul 6.30 petang pergi ambik baju. A’aa period waktu tuu. Dia tak sangka benda tuu ikut dia waktu dia pergi ambik baju. A’aa rasa bersalah sebab dia kawan aku tuu kena rasuk.Tapi kawan aku yang kena rasuk tuu dia memang dah pernah kena rasuk dari sebelum dia masuk sekolah teknik lagi. Sebab dia selalu homesick dengan selalu kena kacau. Kawan aku tuu pindah sekolah waktu nak dekat-dekat hujung tahun tuu jugak. Terima kasih sudi baca cerita yang aku tulis. Dah tak seram sebab aku tak mau terangkan pasal rupa bentuk dia. Sebab menyeramkan. Tuu kisah dekat asrama yang aku duduk waktu aku form 4. Waktu form 5 ada lagi kes.Tapi waktu ni aku xdakk dekat asrama sebab pergi tuisyen malam dekat sekolah. Dekat sangat sekolah dengan kawasan asrama. Jalan kaki lebih kurang 10 minit sampai sekolah. Maaf lah cerita kau tak seram. Aku berniat hanya untuk berkongsi pengalaman yang aku alami. Aku beranggapan semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sekian, Terima Kasih. Nanti ada masa aku kongsi cherita sepanjang 2 taun aku dok dekat asrama Blok E. Macam-macam penah jadi waktu aku jadi calon ketua blok dengan waktu aku secara rasmi jadi ketua blok.
-KE-
Sumber : http://fiksyenshasha.com/amapaian-blok-e/
- 00:58:00
- 1 Comments
- 23:54:00
- 3 Comments
klik banner untuk join |
Bismillah .
setelah sekian lama menghadap laptop , mencari semangat yang hilang, alhamdulillah muncul jugak .
Bagi memenuhi syarat segmen , ia saya akan menaip panjang . eh , ye ke ?
Review blog amerzing.
- Blog amer yang berwarna putih . sangat suci bagi saya . sebab tu saya punya blog pun bertemankan putih sebab i like . lol
- loading blog amir pun laju je , tak adalah rasa menyampah sangat nak menunggu .
- Blog amer simple dan mudah je kalau nak cari apa apa , semua button dah terpampang ha
THE MOST AMAZING THING THAT HAS HAPPENED IN YOUR MY LIFE.
TOKWAN .
tokwan lelaki ke perempuan . setengah orang panggil tokwan kepada datuk , setengah orang panggil tokwan kepada nenek . macam saya , saya panggil tokwan kepada datuk .
kejadian nih berlaku dah berapa belas tahun eh . masa saya darjah 3 rasanya . ya benar . sama umur dengan adik saya yang paling last . dah 11 tahun .
pagi tu , arwah tok masih ada . arwah tok panggil dari rumah dia . rumah kami sebelah sebelah je . arwah tok memang tak boleh jalan dah sebab lumpuh . bermulanya dari sakit lutut je , disebabkan tak berjalan lama . kakinya jadi tak boleh berjalan terus .
tokwan tidur depan tv dengan sepupu saya yang masih belum masuk tabika . paksu yang duduk dengan tokwan kerja malam , isterinya kena pergi kursus . pagi tu , tokwan dah tak boleh bangun . pintu terkunci dari dalam . sepupu saya masih belum pandai bukak pintu yang diselak atas .
dipendekkan cerita , pintu terpaksa dipecahkan dan ambulance bawak ke hospital . tokwan disahkan kena serangan angin akhmar . ada darah beku dalam kepala .
Masa tu doktor , memang dah cakap kalau buat pembedahan memang harapan untuk tokwan 50 - 50 . ayah cakap kat doktor . buat lah yang terbaik . andai , apa yang terjadi ayah redho tokwan pergi .
alhamdulillah , pembedahan selamat . doktor macam tak percaya jugak sebab risiko pembedahan sangat tinggi .
sekarang sudah 11 tahun kejadian . tokwan masih tak mampu berjalan , tapi alhamdulillah tokwan masih sihat . cuma untuk bergerak kemana mana perlu angkat , makan semua boleh buat sendiri .
Bagi saya itulah yang paling amazing dalam kehidupan saya , tokwan yang dulu ambik saya dari sekolah . tokwan yang selalu manjakan saya ? maklum ler cucu pertama kan . hehe
Terima kasih Tuhan untuk nikmat ini .
ALFATIHAH untuk arwah tok HAJAH KALSOM BINTI TAIB .
ALFATIHAH untuk arwah tok HAJAH KALSOM BINTI TAIB .
- 23:36:00
- 7 Comments
- 21:58:00
- 5 Comments
Indahnya segala ketentuan yang kuasa
Tidak akan tercepat dan terlewat
Dengan keyakinan dan dada berombakan
Melangkah kumenuju gerbang itu
Dikau yang kucari
Bukannya fantasi
Memiliki kekasih abadi
Kini terjawab setiap pertanyaan
Segala soalan lama tersimpan
Kini bersatulah setinggi pengharapan
Semua pengorbanan memilikimu
Adalah satu amanah
Ini janjiku padamu
Erti bahagia makin kuat kufahami
Makin mendalam aku mensyukuri
Jarak cinta kita
Hanya kisah silam
Dikau kini di hadapan mata
Ya Allah
Dikau limpahkan barakah
Dikau rahmatilah
Cinta kami berdua
- 15:13:00
- 0 Comments
As-Salam
Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih di sponser oleh Emas Putih , Jimat Melancong , Miamorzafirah , Saya Iday , Mastura , Ryyhan , Uyul Rosli , Homestay Murah Melaka , Wawa Ashihara , Izzat Nazmi , Maisarah , Iuzira , Alepz , The Ruka , Dayang Deno , Hke Source , Ainy Zain , Shahera Perfume , Jiwarosak , Alepz , DiaHoney & Lima Waktu
- 17:47:00
- 6 Comments
asalamualaikum , alhamdulillah rezeki hari nih . banyak benda bahagia yang berlaku . insya allah esok saya publish entry tentang TN50 .
hari nih menang giveaway dari blog fiza aizzawa . tak sabar nak tunggu hadiah sampai . terima kasih atas rezeki ini .
- 21:20:00
- 6 Comments
- 23:07:00
- 9 Comments
Dalam entry saya yang pertama saya ada menceritakan tentang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan di bawah fakulti sains kemasyarakatan . Saya nak bercerita panjang tentang Ijazah Kerja Sosial saya tidak tahu kerana saya bukan di bidang ini . saya berikan artikel tentang ijazah ini.
sumber : http://iiumc.com/kerjaya-pekerja-sosial-pula/
diharapkan dapat membantu dalam adik adik untuk membuat pilihan ke alam universiti . selamat berjaya !
Assalamualaikum,Terpanggil untuk tulis tentang profession kerja sosial di Malaysia yang belum lagi dikenali. Kalau ramai orang tidak merasakan pentingnya profession farmasi, apatah lagilah profession kerja sosial.. kan?
Kalau korang nak tahu, profession kerja sosial ni ada di jabatan kebajikan, hospital, badan bukan kerajaan, dan kalau di jabatan kerajaan lebih dikenali sebagai pegawai pembangunan masyarakat (tetapi bidang kerja agak terhad)Sebelum tu, pekerja sosial dan sukarelawan adalah perkara yang berbeza. Sukarelawan adalah individu atau kumpulan yang melakukan kerja tanpa memerlukan sebarang kelayakan tentu serta sukarela. Manakala pekerja sosial memerlukan kelayakan tertentu sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah sarjana muda kerja sosial(Ia terpulang pada sesebuah negara). Ini kerana seorang pekerja sosial haruslah mempunyai nilai & etika, pengetahuan serta kemahiran. Sama seperti profession lain seperti doktor, ahli farmasi, peguam dan sbgainya.
Untuk menjadi pekerja sosial, akta pekerja sosial perlu diwujudkan di negara untuk melindungi profession dan individu serta kumpulan yang menerima perkhidmatan. Ia bermaksud, pekerja sosial memerlukan lesen untuk ditauliahkan sebagai pekerja sosial. (kalau pekerja sosial tu tidak beretika lesen boleh ditarik)Pekerja sosial ni dah diguna pakai secara meluas di negara-negara maju seperti Amerika, Canada, Australia, Eropah, Hong kong, Korea Selatan, Jepun dan juga di negara-negara membangun seperti Filipina dll.Bagaimana pekerja sosial boleh membantu anda?Pekerja sosial merupakan profession yang terlibat dan bekerjasama dengan professional lain atau secara terus dengan klien dan terpulang kepada setting atau pengkhususan kerja mereka.Pekerja sosial yang berkerja di bawah agensi kebajikan kanak-kanak (kerajaan atau bukan kerajaan) akan menyiasat kes keganasan atau penderaan kanak-kanak serta mengambil langkah sewajarnya seperti perlindungan, tindakan perundangan & sebagainya. Pekerja sosial juga akan bertangungjawab mencari penjaga yang sesuai buat sementara waktu untuk memantau kanak-kanak yang di letakkan di bawah penjagaan dan perlindungan dari agensi. (Contohnya kes di Sweden) Kerja sosial ini juga diaplikasikan mengikut budaya dan amalan sesebuah masyarakat dan kaedahya berbeza di setiap negara. Skop kerja dibawah agensi seperti ini tidaklah terhad kepada perlindungan tetapi juga melihat kepada keperluan kanak-kanak di negara mengikut ratifikasi UN (hak asasi kanak-kanak) yang dipersetujui oleh sesebuah negara.Pekerja sosial di sekolah pula membantu pelajar untuk menyesuaikan diri di persekitaran sekolah. disamping mencegah kes buli, poteng sekolah dan masalah pembelajaran. Kaedahnya, guru akan membawa pelajar untuk dirujuk kepada pekerja sosial sekolah untuk mengenal pasti apa yang berlaku. Ok disini apa bezanya peranan pekerja sosial dan kaunselor? Pekerja sosial yang boleh melakukan lawatan di rumah dan peranan kaunselour hanya terhad kepada one to one. Sebagai contoh, pelajar ponteng sekolah dimana punca dan sebab dikesan bukan sahaja daripada persekitaran sekolah,malah tempat tinggal, keadaan kewangan, tahap kognitif, masalah pembelajaran(dylexia,adhd dll) yang menyebabkan pelajar tersebut ponteng dan sebagainya. Skop kerja juga hanya tidak terhad kepada masalah tingkah laku dan masalah pembelajaran, penambahbaikan mutu pembelajaran dan pengajaran sesebuah sekolah melalui penglibatan komuniti, ibu bapa dan sebagainya.Di hospital pula pekerja sosial merupakan ahli dalam membantu klien semasa proses rawatan. Okay, kalau sebelum ini untuk pesakit strok, pesakit memerlukan perkhidmatan professional lain seperti doktor, jururawat, ahli physio, farmasi, terapi petuturan semasa proses rawatan dan apa pula peranan pekerja sosial?
Disini peranan pekerja sosial sebagai pengurus kes dimana bagaimana pesakit mendapatkan rawatan secara maksimum, membantu ahli keluarga mendapatkan bantuan kewangan (sekiranya memerlukan), menterjemahkan bahasa perubatan supaya lebih difahami, dan sekiranya pesakit tersebut discharge, pekerja sosial akan merangka dan menghubungkan rawatan lain yang boleh membantu proses pemulihan pesakit. (setiap keputusan adalah perbincangan di antara ahli keluarga dan pesakit) Formula dia, bila orang sakit, semua perkara akan berkait, contohnya hilang pekerjaan, masalah kewangan, penjagaan, tekanan ahli keluarga semasa tempoh penjagaan akan di lihat keperluan setiap sistem oleh pekerja sosial.Itu antara tugas pekerja sosial. Banyak lagi tugas pekerja sosial dalam bidang-bidang mengikut bidang dan kepakaran mereka. antaranya pekerja sosial di sektor penjara, polis, komuniti, perundangan, dan sebagainya. Boleh cari maklumat lanjut di http://www.socialworktoday.com/. Malaysia pun ada http://www.masw.org.my/ cuma nak impliment memerlukan akta. Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca.– Zulaikha
sumber : http://iiumc.com/kerjaya-pekerja-sosial-pula/
diharapkan dapat membantu dalam adik adik untuk membuat pilihan ke alam universiti . selamat berjaya !
- 15:42:00
- 4 Comments