- 21:29:00
- 4 Comments
- 16:00:00
- 2 Comments
- 17:19:00
- 5 Comments
- 17:15:00
- 5 Comments
- 17:12:00
- 3 Comments
- 17:09:00
- 2 Comments
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.” Sabda Nabi Muhammad S.A.W
Tanda-Tanda Kematian Menurut Islam
100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka-mereka yg dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.
Contohnya seperti daging sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
7 Hari Sebelum Hari Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
3 Hari Sebelum Hari Kematian
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/ dipahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 Hari Sebelum Hari Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Bersiap siaplah, hari itu pasti akan datang! Sudah siapkah bekal kita?
Wallahu a’lam
- 13:26:00
- 4 Comments
- 09:44:00
- 12 Comments
Rahsia yang terdalam
Masihkah ada yang serupa
Rindu..
Jangan kau siakan
Sekali kan pergi takkan kembali
Pastikan merindu
Dan memang aku aku ramai yang telah berkata-kata
Bisa hidup selesa tanpa perlu rasa cinta
Tanpa sedar kita selalu mengharapkannya
Hidup dicurah rahmat cinta memang tiada tandingannya
Tika sudah dikurnia rezeki dunia kita lupa
Hidup penuh noda gelak tawa pelbagai nada
Apa benar ini yang kita cari selama ini
Bila di akhiri dengan memusnahkan diri
Sedang kau bersuka, Ahh, jadi duka
Mencari cinta yang akan bakal tiba
Fikir sejenak apa yang dilakukan
Ya masa untuk dekatkan diri kepada Yang Maha Esa
Itu yang kita cari kerna
Cinta..
Rahsia yang terdalam
Masihkah ada yang serupa
Rindu..
Sekali kan pergi takkan kembali
Pastikan merindu
Memang benar apa yang dilihat
Penuh tanda tanya
Setiap persoalan harus ada jawapannya
Kita melihat cuma apa yang kita mahu
Semua bani manusia yang serakah dengan nafsu
Aku memang lemah yang lain mungkin kuat
Melihat dari perspektif segala yang pernah dibuat
Usah kau khuatir dengan semua yang terjadi
Mungkin belum masa ia muncul dari dalam diri
Aku berdiri lihat ke kiri engkau berjalan pandang ke kanan
Maka dia yang akan menari indah di hadapan
Hulurkan tangan tanda kau sahut seruan pandang lebih jauh
Cuba kau melangkah ke depan sesalan takkan datang saat kau temui teman kerna
Cinta..
Rahsia yang terdalam
Masihkah ada yang serupa
Rindu..
Jangan kau siakan
Sekali kan pergi takkan kembali
Pastikan merindu
Terpadam sudah cinta membara
Ku akhir ini dengan satu cinta
Ku akhiri
Cinta..
Rahsia yang terdalam
Masihkah ada yang serupa
Rindu..
Jangan kau siakan
Sekali kan pergi takkan kembali
Pastikan merindu
- 02:34:00
- 2 Comments
Hari kedua dimulai dengan solat subuh . kahkah . bangun pukul 5 jugak lah . then , tunggu giliran nak mandi lagi . ntah lah , saya rasa semua eksited dengan toilet yang gah kot . semua mandi lambat . memang batulah menunggu .
Dalam 7 pagi dah check out dan bertolak ke putrajaya. Sampai ke putrajaya tak sampai pukul 9 . sebab tentatif sepatutnya pukul 9 ada disana .
Ada sedikit taklimat bersama dengan jabatan . dalam pukul 10 dah habis .
Makan makan kat situ kemudian bertolak balik dalam pukul 12 . dan tak singgah mana langsung . baru nak rasa bergambar sakan di putrajaya . tapi lahai .
Sampai uni dalam pukul 6.30 jugaklah . walaupun tak kemana sangat , tapi ada lah jugak pengalaman baru haaa . sampai situ je pengalaman rombongan kali nih .
- 18:19:00
- 0 Comments
lagu nih di nyanyikan oleh dua orang student uitm dengkil . lagu nih merupakan ciptaan mereka senidri . dan datangnya pulak satu version yang baru iaitu versi kedah . biasalah rakyat malaysia kan memang begini ? hehe
versi sabah
versi kedah
- 10:52:00
- 2 Comments
Pada dua atau tiga minggu yang lepas , saya ada menyertai rombongan ke parlimen yang dianjurkan oleh seketeriat rukun negara . Lawatan ke parlimen selama 2 hari 1 malam . sangat sekejap , tapi banyak pengalaman baru yang diperolehi .
Bertolak pukul 5 pagi , dan sampai di parlimen lebih kurang pukul 11.30 tengah hari . Sebelum masuk dalam parlimen tu , semua handphone di ambil dan perlu melalui pemeriksaan keselamatan .
Hanya diberi masa untuk duduk dalam dewan bersidang selama 20 minit . tak lebih tak kurang okay ! sesungguhnya nak masuk parlimen sangat lah berprotokol ya . sebelum masuk , kena tunduk dulu baru boleh duduk . masa nak keluar pun sama .
Walaupun agak bosan pada mulanya sebab tak boleh nak buat apa kan , nak bersembang pun tak boleh . tapi sekurang kurangnya bertambahlah pengalaman saya . bukan senang nak masuk parlimen .
Jadi , gambar di dalam parlimen memang tak ada lah yer . hehe .
Lepas disuruh keluar dari dewan persidangan , pergi ke galeri pulak . dan dekat galeri pun tak ada gambar okay ! sebabnya , handphone masih tak dibenarkan lagi . nah , semua save dalam memori kepala je okay ?
Dalam pukul 1 gitu , pergi makan dulu seblum ke hotel . makan di sebelah sogo , ntah lah apa nama lupa pulak . yang pastinya bukan D’Mara . huhu . dah lapar sangat sebab dari pagi lagi tak makan . mula tu pakcik bas nak bawak makan dekat nasi kandar .
Hello pakcik , dari penang kot . syurga nasi kandar , takkan nak makan nasi kandar kandar lagi . jemu .
Check in hotel dalam pukul 3 gitu . hotel area bukit bintang . nah , berjimba gitu! Hahahaa .
view dari tingkat 8 |
Saya lupa pulak hotel nama apa , ya tuhan zafirah memang lupa bebenor . hahaha .
Hotel nih ada 2 bilik , 1 master bedroom toilet siap ada tub mandi kaw! Bilik air luas . satu lagi bilik biasa aja . ada dapur , set sofa . satu rumah share dalam 14 orang . memang akan ada yang tidur kat atas lantai lah . tapi okay je , janji hotel . lols
pernah ke KL tak jem ? |
Malamnya pulak , ke Mid Valley . tapi nak tahu apa yang sedihnya ? sampai Mid Valley 9.05 dan 9.50 kena berkumpul semula . kau raseeeeeeeee ? memang sempat makan ajalah . tak sempat nak cuci mata ha . what a sad trip !
Balik hotel semula dalam 11.30 . masa dekat bawah tu , sakan haaa pub beroperasi . lagu rancak sakan !
Dan kemudian tidur !
- 10:42:00
- 0 Comments
- 20:52:00
- 4 Comments
hari nih nak acah macam release stress sikit lah konon , tapi stress jugak duit keluar macam air . hahaha . dah dapat apa yang dicari , mula lah misi mencari makanan pulak . dari pagi belum makan . lapar betul nih , tahap tak boleh bawak bincang haaaa .
mula mula ingatkan nak makan dekat manhanttan , sekali mai ai panjang bebenor beratur . disebabkan lapar tak boleh bawak bincang . pizza hut macam tak ramai sangat orang . memandangkan pizza hut pun tengah ada promotion . laju je haa masuk .
creamy mushroom chicken |
lasagna dan mushroom sup |
creamy chicken dia , too creamy . tapi sedap ah . cepat muak jugak rasanya . tapi alhamdulillah berjaya habiskan . mungkin sebab lapar sangat ? hahahaha . lasagna dia bagi saya kureng sikit . sedap lagi kalau yang jenis kuah merah tu . apa ntah nama ?
okay sampai sini aje . jumpa lagi !
- 18:27:00
- 1 Comments
Sejak Ku dengar perasaan ini
Tidak Ku sangka jiwa terganggu
Apa Kurangnya suara manjamu
Menyentuh Hati membawa mimipi
Kamu Wanita manis sekali
Lirik matamu membawa cinta
Kamu lelaki pandai menggoda
Hingga hatiku memawar rindu
Bila hatiku hilangnya resah
Disini Cinta disana cinta
benarkah
Disana Rindu disini rindu
Sejiwa
Disini Sayang disana sayang
sekata
Orang Disana orang disini
Sama Menanggung rasa
Cinta Tak dapat diduga
Cinta Hanya dapat dirasa
Senada Dalam cinta
Disini Cinta disana cinta
Disana Rindu disini rindu
Sejiwa
Disini Sayang disana sayang
Orang Disana orang disini
Sama Memadu rasa
Cinta Tak dapat diduga
Cinta Hanya dapat dirasa
Senada Dalam cinta
Irama Indah
Semoga hilang kesunyian
Semoga hilang kesunyian
- 16:30:00
- 0 Comments
- 01:20:00
- 6 Comments
alah , senang cerita suka semua bahagian boleh ? dengan padanan warna yang cun melecun secun tuannya . ehh ?
rasanya sampai sini dulu kot . maaf anda ada yang terover . hehe
- 01:04:00
- 7 Comments
“Kalau berhenti kerja, macam mana nak bayar hutang PTPTN?”
Ada banyak sebab seseorang belum mampu atau terpaksa menangguhkan membayar hutang PTPTN. Mungkin ada fresh graduate yang belum dapat kerja, nak mulakan bisnes sendiri, atau kebanyakan kes wanita pula terpaksa berhenti kerja dan jadi surirumah atas keperluan keluarga (macam sayalah).
Tapi, walau apa pun alasan kita – hutang tetap hutang. Dan apabila berhutang, kita wajib bayar balik. Dulu masa berhutang tak pernah nak beringat, sekali dah terkena barulah tahu (macam saya juga).
Jumlah Hutang PTPTN Bukannya Sedikit
Sehingga hari ini, sudah hampir 5 tahun saya berhenti kerja. Nak ditakdirkan, hutang PTPTN saya bukannya sedikit. Saya menuntut dalam bidang profesional (arkitek) di sebuah universiti awam dan mengambil pembiayaan penuh PTPTN. Kos pembiayaan bagi bidang ini mencecah RM35,000 bagi 5 tahun pengajian. Maksudnya, sebaik saja saya graduate, selepuk ada hutang RM35,000 yang perlu dilangsaikan kepada PTPTN dan jumlah ini belum lagi termasuk bunga atau kos pentadbiran.
Selepas graduate, saya mula bekerja. Cukuplah untuk menampung perbelanjaan harian, bayar hutang PTPTN, menabung untuk kahwin, dan ada lebih sedikit untuk beri kepada mak dan ayah. Tapi bagi seorang perempuan, biasalah, selepas berkahwin keadaan mula menjadi sedikit kompleks.
Semuanya bermula apabila suami saya dapat tawaran mengajar yang ditunggu-tunggu – tapi tak sangka pula kena ‘posting’ di Sarawak. Ketika ini, saya baru lepas bersalin dan sedang dalam tempoh cuti bersalin. Pening juga nak memikirkan bagaimana saya perlu mengatur hidup – sama ada nak teruskan kerja di sini dan ‘bercinta jarak jauh’ sambil uruskan anak sendiri ATAU nak ikut suami ke Sarawak.
Saya tak fikir panjang dan nekad ikut suami ke Sarawak – bukannya Kuching, Miri, atau Bintulu…tapi Betong. Mesti tak pernah dengar, kan?
Kawasan ini agak jauh ke dalam dan lapangan terbang terdekat adalah sejauh 3 jam perjalanan. Tapi bukanlah rumah atas pokok ya. Ada ‘line’ internet , rumah teres dan siaran TV Astro Njoi.
Berbalik pada kisah hutang saya tadi.
Sekarang saya dah berhenti kerja, tak ada pendapatan, dan masih berhutang. Jadi, apa yang perlu dilakukan supaya hutang ini tak menimbun dan menjadikan saya seorang yang kena ‘blacklist’?
1. Kaji Keadaan Kewangan
Pertama sekali, saya nak tahu berapa lama saya boleh bayar habis loan PTPTN tanpa mengharap gaji suami? Tak kisahlah melalui bisnes baru, melalui gaji simpanan terdahulu, ihsan suami, dan sebagainya. Dengan cara ini, baru kita boleh nampak berapa lama kita boleh membayar hutang PTPTN tanpa mencari sebarang sumber pendapatan.
Selepas dikira-kira, hanya dalam 1-2 bulan saja yang mampu saya bayar. Nak harapkan simpanan bukannya banyak mana memandangkan kami berdua baru 2 tahun bekerja. Sebahagian besar simpanan pula dah dibuat belanja untuk majlis perkahwinan. Memang tak ada istilah nak bermewah.
Masa berpindah, kami datang sehelai sepinggang berbekalkan luggage 20 kg. Kereta pula suami pakai kereta lama ayahnya. Kereta ini dibawa ke Sarawak dengan kargo, kami masuk pula rumah kosong yang tak ada perabot. Bayangkanlah betapa adventure-nya akaun kami berdua ketika itu.
2. Mohon Penangguhan Jika Perlu
Tahu tak, lepas bayar 2-3 tahun, jumlah hutang itu sebenarnya tak bergerak pun sebab yang dibayar habis dekat bunga dan kos pentadbiran. Sedangkan saya dah bayar mengikut jadual pelarasan (masa ini menggunakan sistem konvensional). Patutnya, masa berduit dulu, bayarlah lebih sedikit. Jadi, penting untuk kita update akaun PTPTN ini selalu. Rujuklah laman web PTPTN. Di sana kita boleh tengok berapa bayaran yang telah dibuat dan berapa jumlah bayaran yang tinggal.
Kalau nak minta penangguhan pun boleh. Tapi saya pernah tanya dengan Pegawai PTPTN, adakah bunga dan kos pentadbiran dapat dibekukan kalau kita memohon penangguhan. Dia jawab tak. Sama saja macam kita tak bayar, dan hutang itu pun bertambah. Jadi, buat apa mohon penangguhan? Supaya tak kena blacklist bila dah lama sangat berhenti membuat bayaran.
Oleh kerana saya malas dan kononnya saya boleh bayar balik dalam masa terdekat, saya tak mohon penangguhan.
3. Strukturkan Peminjaman Semula
Lepas hidup dah agak stabil di Sarawak, suami saya offer’untuk sambung bayarkan hutang PTPTN saya. Tapi saya ‘malu-malu kucing’. Dekat setahun juga saya tak bayar PTPTN. Tapi Alhamdulillah nama saya tak disenarai hitam.
Jadi, saya cuba berunding dengan Pegawai PTPTN melalui Facebook dan lepas itu mereka bagi nombor pegawai melalui WhatsApp. (Kalau ada pertanyaan, tanya saja dekat Facebook mereka. Seingat saya mereka memang sangat responsif. Laju saja menjawab segala pertanyaan. ‘Salute!’)
Pihak PTPTPN mencadangkan saya untuk strukturkan semula peminjaman saya dan tukar kepada Ujrah. Kalau tukar kepada Ujrah ini memang bagus sebab bayaran setiap bulan tetap dan takkan bertambah walaupun ada kejatuhan matawang Ringgit atau sebagainya. Pegawai PTPTN juga akan membantu memaksimakan tempoh pinjaman untuk menetapkan bayaran yang sesuai dengan kemampuan kita setiap bulan.
Kos pentadbiran bagi pinjaman Ujrah adalah lebih rendah dan boleh jimat hingga 47%. Berbanding sistem konvensional yang dulu, awal-awal bayar sedikit, tapi lama-lama akan meningkat. Gerun tengok jumlah bayaran bulanan yang kena dibuat dalam masa 5-10 tahun lagi. Dah macam beli kereta sebiji.
Permohonan Ujrah ini prosesnya tidak sesukar mana. Kalau nak cepat, pergi ke Pejabat PTPTN dan mereka akan bagi Surat Tawaran Ujrah untuk dilengkapkan butirannya. TAPI syarat untuk memohon Ujrah ini, kita perlu melangsaikan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah bayaran yang tertunggak. Apa pun, jangan panik dulu.
4. Pengeluaran Simpanan KWSP
Sewaktu mempertimbangkan permohonan Ujrah, saya dah beritahu pihak PTPTN siap-siap yang saya tak ada duit sebanyak itu. Jadi, saya diberitahu yang saya boleh memohon pengeluaran KWSP Akaun 2.
PTPTN akan memberi dokumen yang perlu kita bawa ke Pejabat KWSP. Lepas itu, mereka akan masukkan terus amaun pengeluaran KWSP tadi ke dalam Akaun PTPTN kita melalui sistem komputer.
Proses ini berjalan dengan sangat lancar, iaitu dalam masa beberapa minit saja. Dokumen dari KWSP yang dah disahkan tadi perlu diserahkan semula kepada Pegawai PTPTN untuk proses terakhir. Selepas itu, kita pun boleh buat bayaran bulanan seperti biasa.
5. Rancangkan Pendapatan Tambahan
Kadar bayaran selepas memohon Ujrah adalah sangat berpatutan. Saya yang meminjam RM35,000 tadi cuma perlu membayar RM200 sebulan. Tapi kalau dah namanya surirumah, mana pula nak ‘cekau’ RM200? Tambahan pula, hidup di luar bandar Sarawak ini bukannya mudah kerana kurangnya fasiliti, tiada sanak-saudara, dan peluang pekerjaan yang sangat terhad.
Tapi, benarlah Allah kata kalau kita usaha, insha Allah ada jalannya.
Kebetulan, saya mendapat peluang menjadi pensyarah separuh masa dengan sebuah institusi kerajaan. Walaupun sekadar part time, saya cuba gunakan peluang tersebut untuk memohon pembiayaan ASB melalui CIMB.
6. Ambil Pembiayaan ASB
Bagi saya, ini adalah ‘simpanan paksa’ saya dan wang persaraan saya. Lagipun, melalui simpanan ASB, kita hanya perlu mempunyai modal simpanan sekurang-kurangnya untuk 1 tahun dengan nilai yang kita mampu. Selepas tempoh itu, kalau tak ada simpanan pun, kita boleh keluarkan dividen (rolling dividend) untuk meneruskan ‘akaun persaraan’ ini sehingga habis tempoh ikatan perjanjian nanti.
Kalau dah malas nak teruskan, kita boleh terminate pembiayaan ASB dan dapatkan sedikit keuntungan selepas tempoh matang. Kalau disiplin, bolehlah dapat sekitar RM50,000 hingga RM200,000 selepas 10-30 tahun dari tarikh pembiayaan (bergantung kepada jumlah pembiayaan yang kita pilih). Mungkin ada yang kata tak untung pun, tapi kalau saya simpan sendiri tak tahulah dapat ke tidak sebanyak itu.
Lepas hampir setahun mengajar, saya kembali menjadi surirumah hinggalah ke hari ini. Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana saya masih mempunyai punca pendapatan di rumah melalui penulisan. Selagi ada duit lebih, saya akan biarkan dividen tersimpan di dalam akaun tanpa disentuh.
Kalau nak ikutkan, duit ‘simpanan paksa’ saya kini boleh membayar separuh daripada jumlah hutang PTPTN tersebut. Tapi, disebabkan jarak pejabat PTPTN yang jauh dan kurangnya bank yang berdekatan, duit tersebut saya peramkan dulu. Manalah tahu PTPTN ada buat promosi bayaran balik, berbaloi juga menunggu untuk bayar lump sum.
Jangan Biarkan Hutang PTPTN Menghantui Anda
Memang ada banyak sebab yang boleh menjadi punca hutang PTPTN kita tertunggak. Walau apa pun, janganlah takut untuk menghadapinya.
Sebaliknya, ambil langkah proaktif dan cuba bertanyakan kepada pihak PTPTN kerana mereka mungkin mempunyai pilihan dan pelan kewangan yang boleh kita usahakan. Rancangkan simpanan dengan baik dan cubalah mencari sumber pendapatan sekadar yang mampu. Sedikit tak mengapa, yang penting berkat. Jangan percaya pada skim cepat kaya atau bisnes yang meragukan.
Saya akui saya tak ada latarbelakang kewangan yang kukuh. Keluarga pun cukup makan saja. Mungkin disebabkan ‘tersadai’ di perantauan ini, ada hikmahnya yang tersendiri yang menjadikan saya ingin berdikari. Saya faham betapa sukarnya seorang wanita yang perlu menjadi surirumah walaupun mempunyai Degree mahupun Master. Bukan setakat kena tahan telinga daripada mulut-mulut orang sekeliling, bahkan sampai satu masa kita mungkin pernah berasa menjadi ‘beban’ kepada suami hingga sanggup mengabaikan hutang sendiri.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa saja, terutamanya kepada peminjam PTPTN di luar sana. Apa yang dituliskan ini hanyalah melalui pengalaman saya. Saya bukanlah seorang pakar kewangan. Jadi, kalau ada yang lebih berpengalaman dan tahu selok-belok yang lebih menguntungkan, bolehlah kongsikan tipsnya semoga lebih ramai akan dapat manfaatnya.
Sumber: Puan Nazurah Hassan
- 13:20:00
- 4 Comments
- 17:46:00
- 3 Comments