- 13:11:00
- 5 Comments
- 20:05:00
- 2 Comments
Hai , apa khabar semua ? sihat ? orang orang pulau pinang tu dah pernah pergi ke pesta ke belum ? rugi tau tak pergi setahun sekali je . inilah masanya nak have fun . hehe . Ini kisah pesta saya . hihi
Sejujurnya 19 tahun hidup , inilah baru first time pergi . kahkah . biasalah rumah saya kan area seberang . sekarang dah duduk dekat dengan tapak pesta . moh ler kita pergi pesta kan . hehe .
saya cadangkan lepas maghrib tu boleh lah start pergi , kalau pukul 8 gitu . tobat tempat parking penuh yer awak awak . untuk memudahkan kerja , pergi awal lah . tapi jangan sampai tak solat okay ! kalau nak solat kat dalam tapak pesta pun okay . ada jer surau . tapi ko rase dengan suasana bising lagu sana sini . mampu ke kusyuk ? kihkih
untuk bayaran masuk untuk dewasa RM 3 , kanak kanak tak ingat pulak . Tapi tahun nih tak tahulah akan naik harga ke tak . maaf , sebab tak bawak anak masa pergi berjimba tu . eh ? then , untuk permainan biasalah kena beli token kan . satu token rm 2 . depend pada jenis permainan . kalau macam vortex tu kalau tak salah saya 8 token ke 10 token . ko bayang lah kan . hahaha .
saya main apa jer yer ? hehe , pusing punya pusing . last last apa pun tak main . HAHAHAAHAH . pusing pusing , posing sana sini dah nak dekat pukul 12 . ko rasa ? mungkin sebab banyak habiskan masa dekat gerai yang jual jual tu . dah nama nyer pompuan sapa je tak suka shopping ? kahkah . ah ! dekat pesta bukan ada mainan ja okay , ada gerai juai makanan , baju toksah cerita lah , banyak gila . untuk mak mak , carpet memang lelong ah . saya jangkakan masa malam terakhir pesta mesti harga gila gila punya . ialah , peniaga dah malas bawak balik barang dia orang kan ? eh ye ke ?
makanan kat pesta agak mahal , jadi saya nasihatkan , makanlah dari rumah . dan tips jimat lagi . bawak air masak sediri okay ? kalau rasa duit tak cukup tu . dont worry babe ! ATM pun ada . hahaha
okay , sampai sini saja cerita kali nih ! bye .
- 18:15:00
- 1 Comments
Hai semua ! Jadi hari nih nak share resepi . Resepi nih pun cilok dalam facebook . Mungkin ada yang dah pernah tengok resepi nih dalam facebook . Disebabkan terlebih rajin semalam . Jadi , saya cubalah resepi nih .
Bahan - bahan :
Roti gardinier ( yang kecil )
4 biji telur
4 batang sosej
Mentega
Cheese keping
Cara caranya :
1. Potong sosej . Goreng dahulu .
2. Letak cheese di atas roti , susun sosej atas keju.
3. Tutup dengan sekeping lagi roti
4. Celup dengan telur dan goreng .
5. Yeayyy ! Sudah siap untuk dimakan .
Mudah kan ? Apa lagi moh ler try . Tapi , awak awak jgn buat banyak banyak tau . Nanti tak habis . Yer lah kan cheese . Cepat haaa muaknya .
Okay lah jumpa lagi .
- 15:32:00
- 5 Comments
Dah sebulan berlalu , siapa yang hari lahirnya hujung tahun saya rasa akan faham perasaan saya . Baru nak sambut birthday , dah masuk tahun baru dan bila orang tanya
“umor berapa ?”
Kita kenalah bagi tahu umur ikut tahun . Ada ke orang bagi tahu ,
“umur saya 19 tahun 1 bulan”
Mana ada , kalau baby yer lah
“umur berapa ?”
“1 tahun 3 bulan”
So untuk hari lahir kali nih , my bestfriend sekolah menengah , yang selalu share story morry , yang selalu lepak kat bawah . Yerlah katil sebelah sebelah kan mestilah rapat gitu .
Mak shahanim dah buat kek untuk saya . Kek coklat moist . Sedap gais ! Saya ingatkan kecik je . Sekali besar namati . Dahler , masa tu roomate tak ada . Hah! Memang kembung perut makannya . Thank you shahanim bagi kek !
Nak resepi ke ? Nanti saya roger mak dia . Haha . Okaylah gerak lu pape roger .
- 18:10:00
- 5 Comments
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di
bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak
memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang,
berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat
setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang
perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau
kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
- 01:42:00
- 7 Comments
Hai semua , asalamualaikum apa khabar ? Sihat ke semua ? Semoga hari ini lebih baik dari semalam . So hari nih saya nak ajar macam mana nak letak watermark . Hehe . Penting ke watermark nih ?
Penting , sebabnya supaya orang tak ambil gambar kita . Yerlah penat penat snap kan . Senang senang dia buat serupe harta dia . Kalau letak credit ke apa ke . Tak apa lah jugak .
Ya , sejujurnya saya pun pemalas nak letak watermark . So , saya kekadang ada watermark kekadang takde . Haha .
Siapa yang tak ada apps photoshop boleh lah download dulu okay . Apps photoshop nih mudah tau , kita nak buat header pun boleh je guna photoshop .
Okay mula mula , bukak photoshop kita pilih batch editor tau .
kemudian kita tekan add .
kita pilihlah gambar mana yang kita nak kan , untuk letak banyak banyak sekali tekan CTRL dan pilih ler gambarnya
untuk tambahkan gambar sebagai watermark , kita tekan kat object . Lepastu , tekan photo untuk masukkan gambar watermark korang . Kalau nak masukkan tulisan je , tekan kat text .
bila dah siap letak watermark . Tekan convert all untuk save gambar .
Siap ! Semua gambar telah di watermarkkan . Okaylah , cau dulu . Gerak lu pape roger !
- 15:27:00
- 5 Comments
- 10:59:00
- 5 Comments
- 20:04:00
- 4 Comments
Asalamualaikum semua , apa khabar ? Harap hari ini lebih baik dari semalam . Hehe . So , hari tu , sebelum ke rockstarz saya pergi cari cendol dulu . Pernah nampak dekat page penang kini. So , dah alang alang dekat area pulau . Terjah ler sekali haaa .
Ini menunya ,
Yang saya order nih cendol special . Nice , serious nice . Kat sini ada jual rojak , laksa , nasi lemak . Ada lagi lah benda lain . Tapi , yang saya cuba laksa je . Laksa dia pun sedap . Isi ikannya banyak . Saya jenis makan laksa bila mak saya masak je . Jadilah , agak susah nak cakap laksa yang beli nih sedap . Tapikan , lain orang lain taste nya . So , tak tahu lah kalau korang try nanti rasa tak berapa kan . Jangan salahkan saya okay . Hihi
Okaylah sampai sini dulu , jumpa lagi okay . Bye , awak semua . Gerak lu , pape roger !
- 15:36:00
- 2 Comments
Asalamualaikum semua , apa khabar ? Harap hari ini leih baik dari semalam . Okay hari nih nak cerita pasal pergi makan rockstarz .
Teringat lagi kenangan masa zaman sekolah , dulu duduk sekolah asrama dekat dalam pulau . Sebab tu lah , asyik turun pulau je . Nak jumpa kawan kawan . Tempat jauh lagikan dikenang , ini kan pulak tempat kita cipta kenangan kan . Masa zaman zaman legend dulu , masa form 5 lah mestinya kan . Masa tu makanan dari luar tak boleh bawak masuk asrama , alah mcm makanan delivery semua diharamkan . Sebabnya takut keracunan ke apa kan . Tengah malam , ekceli bukan lapar sangat . Dah ramai ramai nak beli saya pun join sekali lah . Nah sekali, kantoi dengan warden . Mohon tabah lah kan dengan hukuman . Berani buat berani tanggung gais ! Hahaha
Ah , terimbas kembali pulak . Rindu zaman sekolah . Hehe, okay okay . Saya fokus pada tajuk .
Rockstarz burger nih agak senang jugak nak cari , jangan risau google maps kan hado . Hehe . Kami sampai dalam pukul 6 lebih . Saya rasa geng saya lah yang duduk paling lama , sampai pukul 9 jugaklah baru blah . Ya lah dah lama tak jumpak kan . Semua belajar jauh jauh , johor lah apalah . Bukan senang nak jumpa .
background macam pergi vacay kat mana ja haaa
Majoriti order metallic cheese burger , sebab nak imbau kenangan zaman sekolah dulu . Kahkah . Purata harga untuk burger single RM 5.65 . Harga mampu milik kan ?
Ah , saya lupa nak snap menu . So , ini menu sumber google . Hehe .
Okay sampai sini ajalah , jumpa lagi gais . Bukan senang nak jumpa nih . Kk gerak lu , pape roger .
- 17:30:00
- 3 Comments