Raya Aidilfitri ke - 5 - Perlis

21:19:00



Asalamualaikum semua, okay macam biasa hari raya saya dipenuhi dengan makan. Sia sia saja turun berat masa bulan puasa. Saya syak lepas puasa makan gila gila punya memenuhi undangan teman teman kan. So selepas dah habis musim raya amacam berat kalian ? kihkih. Stay kurus ke?


Sebenarnya dah lama saya type entry nih, disebabkan malas edit watermark makaaaaaaa dibiarkan begituuuu sajaaaaa. So hari nih baru mood rajin tu datang ha. Cerita pasal raya nih bukan nak basi yedok ?

Raya ke - 5 saya ke Perlis. Dah lama sebenarnya berjanji nak jumpak kawan, nih kawan masa matrik. So, tak salah kali nih panjang kaki sikit bersalah disebabkan #TeamRayaEfisien1 dibatalkan atas sebab ada yang kena pulang awal ke uni masing - masing sebab masih ada final.

Perjalanan dari Bukit Mertajam nak ke Arau cuma ambil masa dalam 1 jam 50 minit mcm tu. Tiket pulak RM 8.80. Saya naik train pukul 8.36 pagi dan sampai dalam 9.57 mcm tu. Sampai ja kat sana kawan saya yang duduk kat perlis datang ambil, Fathiah.


Kan sana beraya sakan lah kan dan singgah ke padang besar. Orang cakap kalau pergi perlis tak ke padang besar macam tak ke perlis ja. Eh betulke ?

So , rumah memula sekali yang kami beraya ialah rumah mirza, sebenarnya nak bawak mirza berjalan sekali jadi alang - alang tu beraya lah sekali kan.

Lepas dari rumah mirza , nak ke rumah kawan mirza . yang masalahnya, si tuan rumah tak angkat call. Sebenarnya dia dah tukar number. Mirza cuma cakap nak dtg dalam instagram . mirza pernah pergi rumah dia, tapi ingat ingat lupa . mirza pun cakaplah,

“rumah dia lorong cikgu hashim kot”

Dah tiga kali ulang alik, tak ada satu lorong pun mcm tu. Yang ada , lorong cikgu bakar ke apa ntah. Pastu dia dah ingat sikit sikit kot, try je lah masuk satu lorong nih. Alhamdulillah jumpak . masalahnya, orang yang berjumpaknya tak ada. Last last beraya dengan parents dia ja.

So moral of the story, contact orang tu sampai dapat dulu baru pergi rumah dia. Kahkah

Lepastu, kami pergi padang besar. Masa kat padang besar nih, tak sempat nak bergambar pun sebab rushing. Dah janji dengan kawan sorang lagi nak jumpak dia lepas zuhur. Memang pergi cari barang yang dipesan jelah. Lepastu, terus balik .




Ke rumah fatyah, then hanim sampai. Bergambar sakan lah kan sebab dah lama tak jumpa. Padahal bulan puasa dah jumpa shahanim sebab ambik kuih raya.

Terima kasih untuk kenangan raya 2018. 

You Might Also Like

4 budak baik

  1. haipp.. selamat hari raya :D

    ReplyDelete
  2. betul. kalau pi perlis tak singgah padang besar tak berapa nak lengkap hihi

    ReplyDelete
  3. Wow baru timbul cerita raya yer, bestnya jalan-jalan jumpa kawan2 lama kan...

    ReplyDelete
  4. lama x g perlis.. sekali je pernah g sana. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .