Resepi kacang bersalut tepung (pedas)

20:55:00




Asalamualaikum semua.

Lama kan saya tak update, mood berblogging tu ada tapi masalahnya nak edit gambar tu malas ha. hari nih nak share resepi yang saya buat untuk hari raya . 

Okay, resepi yang saya buat untuk kacang nih, nama ja kacang pedas tapi tak pedas mana. Jadi kalau nak extra pedas pepandai lah tambah sendiri eh. Lebih okay kalau gunakan kacang yang jenis kecik tu berbanding kacang besar. Kacang besar dia lambat sikit masak.

Bahan – bahan :

2 biji telur
500 gm kacang
1 sudu besar tepung beras
5 sudu besar tepung gandum
2 sudu makan gula
3 sudu kecil (saya guna sudu kfc) garam
1 sudu besar serbuk cili
4 ulas bawang putih

Cara – cara nya :

1. Basuh kacang terlebih dahulu, dan keringkan.
2. Masukkan telur, serbuk cili, gula, garam dan bawang putih(ditumbuk halus). Gaul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan beras. Gaul sebati dan masukkan kacang.
4. Goreng menggunakan api yang sederhana.
5. Siap untuk dimakan.



Selamat mencuba gais!

You Might Also Like

11 budak baik

  1. terima kasih sudi share resepi. biasa makan je sekarang dah tahu resepi yeayyyy thanks

    ReplyDelete
  2. Nampak mcm senang je nk buat...Boleh try nih... =)

    ReplyDelete
  3. Mudah dan sedap.. Senang-senang boleh cuba..

    ReplyDelete
  4. boleh try nanti! Dah lama tak makan kacang tepung pedas ni

    ReplyDelete
  5. sedap kacang ni :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/08/mood-blogwalking-negeri-asal-zafirah.html

    ReplyDelete
  6. Ada yang bagi nama kacang medan.. Salut tepung kacang tanah memang lagi best

    ReplyDelete
  7. Selama ni nak makan sentiasa beli. Lepas ni boleh cuba lah resepi ni :D

    ReplyDelete
  8. shu suka makan, tapi tak reti buat. hikhik

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .