Tip Pilih Bingkai Cermin Mata
00:52:00
Bagi yang memiliki bentuk muka bulat, bingkai kaca mata bersegi sesuai untuk untuk anda. Elakkan dari memakai bingkai yang berbentuk bulat kerana ia akan membuatkan muka kelihatan bulat seperti belon.
Bentuk Muka Segi Empat
Untuk anda yang mempunyai raut wajah yang bersegi, bingkai kaca mata berbentuk bulat lebih sepadan buat anda.
Bentuk Muka Seperti Hati
Jika anda rasa anda mempunyai bentuk muka seperti hati, cuba gayakan cermin mata yang lebih simple dan tidak serabut kerana bahagian dahi anda sudah cukup luas. Cermin mata tanpa bingkai atau berbentuk ‘cat eye’ adalah paling sesuai untuk anda.
Bentuk Muka Bujur Sirih
Anda boleh menggayakan hampir semua bingkai cermin mata yang ada. Nak nampak lebih menarik, cari bingkai cermin mata yang sama lebar dan dengan wajah anda. Tetapi elakkan dari memakai bingkai yang terlalu besari dari muka anda.
sumber : http://www.sajakongsi.com/tips-pilih-bingkai-cermin-mata-yang-sesuai-dengan-bentuk-muka/
1 budak baik
Kinah bentuk muka bersegi.
ReplyDeleteTerima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .