5 Tips How to Use Face Serum
15:54:00
hai semua !
Hari ini saya ingin sentuh tentang kecantikan. Rasanya semua orang sudah sedia maklum tentang wanita dan kecantikan itu adalah antara satu perkara yang sangat natural. Wanita manalah yang tidak mahu tampil cantik bukan? Sekarang sudah ada banyak jenama di luar sana yang menawarkan pelbagai produk kecantikan untuk wanita. Antara yang menjadi kegemaran ramai wanita urban adalah tentang kecantikan wajah. Bagi saya apabila menyentuh tentang penjagaan wajah pastinya tidak akan lengkap tanpa serum wajah. Ini kerana face serum for women diperkaya dengan bahan yang direka untuk penetrate kulit wajah dengan cara yang lebih berkesan daripada pelembap. Walaupun serum kebiasaannya agak lebih mahal daripada produk kecantikan yang lain.
Namun bagi sesetengah wanita produk ini sangat berbaloi untuk dibeli ibarat satu bentuk pelaburan yang cukup bijak bagi kulit wajah. Ianya membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit seperti garisan halus, membuatkan kulit lebih tegang, mempercepatkan proses sel wajah, menambahkan kecerahan dan menyelesaikan masalah discoloration. Namun semua masalah ini tidak akan dapat ditangani jika anda menggunakannya dengan cara yang salah yang mana pembelian anda sekadar menjadi sia-sia. Jom kita lihat 5 tips how to use face serum correctly.
- Cuci wajah anda dengan baik. Membersihkan wajah dengan tidak sempurna akan membuatkan bahan aktif serum ‘melekat’ bersama kotoran dan kulit mati yang tidak tanggal.
- Gunakan serum ke atas kulit wajah yang lembap kerana kajian membuktikan kulit wajah yang lembap adalah 10 kali lebih baik untuk proses penyerapan berbanding kulit yang kering. Oleh itu gunakan serum selepas anda membasuh muka atau gunakan dahulu toner bagi penyerapan yang lebih efektif.
- Konsep ‘less is more’ adalah yang terbaik dalam penggunaan serum. Ini kerana serums are super concentrated with active ingredients oleh itu agar pembelian anda lebih berbaloi gunakan beberapa titis sahaja tanpa perlu membazir.
- Serum bukanlah pelembap oleh itu untuk ianya benar-benar menyerap tunggu sehingga 5 minit sebelum anda mengenakan pelembap.
- Dalam memilih produk jangan sekadar lihat pada warna yang cantik ataupun bau yang harum. Ini kerana antara serum terbaik mempunyai warna dan bau yang ‘biasa’ tetapi sangat efektif untuk wajah.
3 budak baik
waaaaaah ._. been ages tak guna serum T_T mahal sangat tapi MasyaAllah, best je kulit lepas pakai :')
ReplyDeletegood info
ReplyDeleteSerum antara produk kecantikan yg plg best untuk dipakai. ;)
ReplyDeleteTerima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .