Promosi Lunch Express di Pizza Hut

18:27:00


hari nih , saya keluar dengan kawan . lama betul tak jumpak dia haaa . memandangkan dia tengah cuti semester , saya pulak tengah free sikit dan tak pulang ke rumah minggu nih . ajaklah dia berjumpa . tujuan utama tu nak suruh dia bawak pergi cari jeans baru . sedih betul , jeans saya dirembat orang . ingat iolls beli dua ringgit ke ? emo betul beberapa hari nih bila teringat seluar hilang 


hari nih nak acah macam release stress sikit lah konon , tapi stress jugak duit keluar macam air . hahaha . dah dapat apa yang dicari , mula lah misi mencari makanan pulak . dari pagi belum makan . lapar betul nih , tahap tak boleh bawak bincang haaaa . 

mula mula ingatkan nak makan dekat manhanttan , sekali mai ai panjang bebenor beratur . disebabkan lapar tak boleh bawak bincang . pizza hut macam tak ramai sangat orang . memandangkan pizza hut pun tengah ada promotion . laju je haa masuk . 


berbaloi kan promotion nih ? selalunya , kalau sepinggan spaghetti je pun dah RM 10+ . 

saya order , creamy mushroom chicken dan kawan saya oder beef arabiata . kami adds on seafood lasagna . 

creamy mushroom chicken

lasagna dan mushroom sup

creamy chicken dia , too creamy . tapi sedap ah . cepat muak jugak rasanya . tapi alhamdulillah berjaya habiskan . mungkin sebab lapar sangat ? hahahaha . lasagna dia bagi saya kureng sikit . sedap lagi kalau yang jenis kuah merah tu . apa ntah nama ?

okay sampai sini aje . jumpa lagi !



You Might Also Like

1 budak baik

  1. omg berbaloi sgt ni! boleh try lunch hour dgn ofismate nt yeay hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .