Angan angan #3BFF nak ke 6 tempat menarik di Kuantan, Pahang

09:54:00


Asalamualaikum , selamat pagi semua . Moga permulaan minggu yang baik . Moga dipermudahkan segala urusan. Saya ada beberapa kawan baik, tapi yang paling selalu keluar, selalu berjumpa, selalu onzz kalau nak kemana mana hanya 2 orang kawan saya. 

3BFF

Saya dah plan benda nih dah lama , tapi tak pernah jadi kalau nak berjalan jauh - jauh nih. Saya harap before kita masing - masing kahwin adalah sekali yang kita pergi bercuti bersama. Orang kata nak spent time dengan kawan - kawan lah kan. Nanti kalau ada yang dah kahwin banyak komitmen lain. 

tempat last belajar sekali.

Kami nih sebenarnya semua belajar jauh jauh, okay tak jauh sgt . Tapi selalunya cuti akan bercanggah tak sama. Okay saya dah plan nak ke Pahang memandangkan Pahang nih mcm orang jarang jarang sebut nak bercuti ke sana. Tapi Pahang kan luas , so nak khususkan ke Kawasan Kuantan. Selalunya orang akan cakap , Langkawi lah, Melaka lah apalah. No, kali nih my trip nak ke Pahang. Walaupun perjalanan dari Penang teramatlah jauh, tapi orang kata nanti lagi banyak masa boleh spent time kan. Hehe

Okay , kita mulakan mywishlist. Melalut sampai esok tak sudah.

Penginapan untuk cut budget saya bercadang untuk tinggal dekat hotel selama satu malam aja. So my BFF decide lah malam mana yang nak stay hotel. Malam esoknya tu nak merempat rumah sedara. Bijak bukan ? buatnya sedara taknak mengalu - alukan kedatangan padan muka. Alang alang nak membayar untuk hotel, moleklah kalau pilih yang tiptop kan!

1. Swiss – Garden Beach Resort Kuantan

Kemudahan yang ada dekat resort nih menjadi tarikan saya, gambar gambar yang di pamerkan juga amat menarik. Kalau saya, saya pilih pakej ini. Sebabnya cukuplah untuk kami bertiga .

Tunjuk item 1 daripada 6. room image Bilik Tetamu

Tunjuk item 4 daripada 6. room image Balkoni

Kemudahan yang ada di  swiss garden beach resort kuantan

1 Katil Raja (King)
Bilik berukuran 431 kaki persegi (40 meter persegi), laman dalam dengan pemandangan taman 

Santai - Perkhidmatan urut dalam bilik tersedia
Internet - WiFi percuma 
Hiburan - Saluran satelit 
Makanan & Minuman - Peti sejuk, pembancuh kopi/teh, perkhidmatan bilik 24 jam dan air botol percuma
Bilik mandi - Bilik mandi persendirian dengan gabungan pancuran/tab mandi, selipar dan kelengkapan dandanan diri percuma
Praktikal - Peti besi, surat khabar percuma dan seterika dan papan seterika; katil tambahan/lipat simpan percuma dan katil bayi/kot tersedia atas permintaan
Keselesaan - Penyaman udara dan pengemasan harian

[sumber : expedia]

book swiss garden beach resort kuantan online sekarang tau, sebab tengah ada promosi.

2. Gambang waterpark

Gambang waterpark nih antara wishlist selepas Escape waterpark, Penang. Gambang waterpark nih merupakan taman tema yang paling menarik di Kuantan yang terletak hanya 40 kilometer dari pusat bandar dan ia bakal menjanjikan keseronokan yang terbaik untuk pengunjung.



Taman tema air ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Di setiap bahagian tersebut terdapat pelbagai aktiviti yang pengunjung boleh lakukan seperti Aqua Play, Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride, ATV Ride dan banyak lagi. Di Safari Park pula merupakan taman safari untuk melihat haiwan yang berkeluasan 138 ekar. Sememangnya tidak rugi jika bercuti sambil berseronok di Gambang Water Park ini.

TICKET PRICES


Adult: RM 38.00
13 years and above
Child / Senior Citizen / OKU: RM 28.00
Child above 90cm until 12 years old / Sr. Citizen 60 years above
Child below 90cm entrance is FREE.
Combo Tickets ( Safari Park + Water Park )
Adult: RM 78.00
Child / Senior Citizen / OKU: RM 58.00
* Prices are inclusive of 6% GST.
* Terms & conditions apply.


Pantai Teluk Cempedak

Pantai-Teluk-Cempedak

Sumber: DroneX

Masa kat pantai nih nanti , boleh lah bawak makanan, lepak lepak lepastu gelak tak ingat dunia. Memang tu aktiviti kita yang selalu pun kan ? Kami bertiga selalunya memang akan pilih tempat tempat yang dekati alam sikit berbanding dengan mall. Aceyhhh! Ye lah , kalau masuk mall kadang tu lagi banyak habiskan duit. Kalau duduk pantai boleh sembang sembang, tambah kalau pantai yang tak ada line. Lagi lah seronok berbual tanpa gangguan kan.

ANA Ikan Bakar Petai

Banyak banyak kedai yang saya google , kedai nih paling tertarik menarik kau memang deboom! Sebab kat Penang saya masih belum jumpa lagi ikan bakar yang dibakar dengan petai nih. Ke saya yang tak tahu? So, dah pergi tempat orang nih kan kita kenalah makanan yang lain dari yang lain.


ANA Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (12.30am – 12.00am)
Lokasi: Kampung Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan
Sumber: ANA Ikan Bakar
Air Terjun Sungai Pandan

Memandangkan kat Penang dah pergi air terjun, nak merasa jugak air terjun kat tempat orang kan.

Air Terjun Sungai Pandan


Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.00pm)

Mini Zoo Teruntum

Mini Zoo Teruntum merupakan salah satu tempat menarik bagi saya memandangkan Penang tak ada mini zoo kan ? Kawasan mini zoo ini mempunyai landskap yang menarik dan amat sesuai untuk aktiviti beriadah sambil melihat haiwan yang dipamerkan. Memandangkan zoo ini tidak mengenakan sebarang bayaran. Why not ? dan di sini juga terdapat pelbagai haiwan yang ditempatkan di sangkar seperti burung unta, kancil, burung, buaya, arnab, burung merak, landak, seladang, pelanduk, ular, orang utan dan juga kura-kura gergasi pasti memikat hati pengunjung.

Mini Zoo Taman Teruntum

Sumber: DinoHauz

Katanya di luar zoo mini ini terdapat gerai - gerai makanan untuk menjamu selera. Hobi kita kan makan. So tempat nih menarik bukan ?
Lokasi: Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan
Okay geng, memandangkan ini hanyalah plan, dan masih belum ada Tarikh yang pasti dah boleh kot simpan duit sehari seringgit! Moga impian menjadi nyata! Amin.










You Might Also Like

0 budak baik

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .