Enam Tahun Kemudian… Masih Relevan Ke Blog?

12:08:00

 Last post 29 Oktober 2020.

Lamanya tak menulis dekat blog.

Entah kenapa, tiba-tiba rasa nak menulis balik.

Sebenarnya semua ni bermula sebab baru tukar laptop. Lepas tu log in Gmail, tiba-tiba ternampak satu bookmark — Blogger Dashboard.

Eh.

Masih ada lagi rupanya.

Terus teringat zaman kegemilangan blog dulu. Masa tu seronok betul, kan? Ada segmen giveaway, blogwalking, singgah blog orang, baca cerita masing-masing. 

Barang barang giveaway tu kan, ada yang sampai sekarang masih guna tau!

Kadang-kadang tak kenal pun orang tu secara real life, tapi rasa macam kenal sebab selalu baca blog dia. Hehe.

Sekarang masih ada lagi ke semua tu?

Disebabkan rasa curious, saya cuba scroll-scroll dekat reading list.

Eh, ada lagi rupanya orang yang masih menulis.

Ingatkan semua dah menyepi.

Kawan-kawan blog dulu pun rupanya masih ada yang jadi friend dekat Facebook. Tengok-tengok, masing-masing dah bawa haluan sendiri.

Masa berlalu macam tu je.

Tiba-tiba dah berapa tahun entah.

Banyak benda dah berubah sejak last saya tulis dekat sini. Dulu menulis dari zaman sekolah. Lepas habis belajar, mula kerja… lama-lama terus berhenti.

Alhamdulillah, sekarang dah masuk tahun keenam bekerja selepas grad.

Tak mudah eh zaman kerja ni?

Tapi okaylah. Setakat ni, semuanya okay-okay saja. Hehe.

Dan…

Dah kahwin jugak!

Dulu - dulu masa study dok berangan dengan roomate, umur 25 kena kahwin. Eh rupanya tak mudah eh mencari jodoh + cari duit nak kahwin. hahaha

Siapa sangka kan?

Masa tahun 2020 dulu, fikir nak cepat-cepat kerja sebab nak cuba benda baru. Nak rasa macam mana hidup lepas habis belajar. Nak ada duit sendiri. Nak masuk alam pekerjaan.

Nahhhhh.

Sekarang macam malas pulak nak pergi kerja.

Boleh la ek fikir macam tu? Hahahahaha.

Anyway, sekarang ni orang masih tulis pasal diri sendiri ke?

Masih relevan ke?

Sebab tiba-tiba rasa macam nak start menulis balik. Bila tengok blog lama ni, nampak macam menarik pula. Macam ada satu ruang yang memang kita boleh tulis apa yang kita nak, simpan cerita, pengalaman, benda-benda yang kita lalui.

Sifu-sifu blog yang masih aktif dekat sini, boleh beri tunjuk ajar ke ni?

Cuma harap-harap kali ni tak terkubur di tengah jalan lagi. Hehe.

Dan kalau boleh, besar harapan saya supaya tulisan-tulisan dekat sini nanti bukan sekadar cerita pasal diri sendiri.

Kalau ada rezeki, nak tulis sesuatu yang boleh bagi manfaat dekat orang lain juga.

Mana tahu, boleh jadi pahala yang terus mengalir walaupun kita dah tak ingat pun pernah tulis benda tu.

Pahala free melalui penulisan.

Macam menarik juga kan?

Jadi…

Hello again, blog.

Lama kita tak jumpa.


You Might Also Like

3 budak baik

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .