Kenangan di KMPP (Part 1)

00:09:00


Hai uolss , lamanya tak menaip . so hari ni , sebab rajin sikit kan + kesian kat kawan kawan . sebelum nih pernah janji dengan depa nak cerita pasal depa kat blog . kay kay aku nak tunaikan janji ahh nih .
Hmm , so nak mulakan yang mana dulu ya ? cerita pasal mula mula masuk lah kot ?

Okay , masa mula mula masuk tu , masa minggu orientasi benda paling aku benci adalah perkenalkan diri . bukan apa , tak suka orang salah panggil nama ja . hahahaha . biasanya orang akan tertukaq panggil zarifah . okaylah jugak , nasib tadak yang panggil zirafah kan ?



Haih , banyak sangat mengarut nih . okay , mula mula tu dalam satu kumpulan tu dia orang pecahkan kepada 20 orang . aku dok piker lagi . ahh , tak ramai mcm sekolah mcm mana nak tidoq . kay jahat sangat kan ? LOL

 Masuk hari keberapa ntah , dia dah start bg jadual kelas dan sangkaan aku meleset sebabnya satu kelas hanya ada 10 orang . hang boleh bayang dak dia punya krik krik tu ? HAHAHAHA . dan kami dapat seorang kawan yang agak pasif , dan I think she got some problem . okay abaikan dia , sebab dia duduk dengan kami kejap ja.

Masuklah pulak satu mamat baru nih , budak PDT(program dua tahun) . tukaq aliran ah kiranya , aku ingat lagi masa tu pepagi . kelas tutorial apa tak ingat pulak . lepas tu , ada sorang budak laki masuk . dah letak beg rasanya barulah dia Tanya “kelas A1P3 ?” pastu aku ke, sapa tah jawab , “ya” dan dia berlalu keluar pi mana ntah . aku tengok syada , syada tengok aku . kahkah . then , lepas tu dia masuk balik .
syada Tanya dia

 “nama apa?”

“nim”

 “fullname?”

“nimmalan.”

Aku terus kalih kat syada acah Tanya soalan . kahkah . padahal nak cover malu . hang boleh bayang dak aku expect melayu . sekali nama . erm erm . tu yang erm erm .



Haha , okay this is my pracmates . wong , nimmalan, aminuddin , syada , syafikah , syazreen , saiyidah , syahirah dan farah adila . termasuk aku 10 . okay paham ?

Selama 10 bulan nih , macam macam kami buat sesama. Setakat bergaduh sikit sikit tu biasa ah kan ?

okay sampai sini dulu . kay kay chawwww gais .

You Might Also Like

0 budak baik

Terima kasih sebab sudi membaca :)
Komen anda, amat saya hargai .